Search

Winter4Gaza 2020 | Rhys William x Cinta Gaza Malaysia

  • Share this:

Kita duduk dalam aircon dah complain rasa sejuk... apatah lagi mereka... ❄️

Di kampung Rhys, setiap kali musim sejak datang kami excited, tak sabar nak main snow dan duduk dalam rumah yang panas... Malangnya ada masyrakat dalam dunia ni yang setiap kali musim sejuk datang mereka terjejas. Terutamanya di Gaza & Tebing Berat, Palestin dan juga kem-kem perlarian di Moria dan Syria. Mereka terpaksa menghadapi musim sejuk dengan serba kekurangan - tambah lagi dengan wabak Covid-19 - situasi mereka amat merisaukan.

Kalau kita dalam keadaan rezeki yang lebih, dan hidup kita selesa - tak semestinya rezeki tu untuk kita sahaja. Kita kena kongsikan rezeki dengan masyarakat yang memerlukan. Itulah tanggungjawab kita sebagai manusia dan penduduk bumi kita ini.

Sebab itu Rhys ambil langkah untuk berkerjasama bersama Cinta Gaza Malaysia Cinta Gaza Malaysia - CGM untuk kempen Winter4Gaza tahun ni. Ini bukan isu agama, ini bukan isu politik - ini adalah isu kemanusiaan.

Dengan bantuan anda semua, kita boleh bagi pakaian yang betul (winter jacket dan winter boot), pemanas haba, baikpulih rumah dan makanan kepada mereka yang perlu pada musim sejuk ni. Bantu sebelum beku.

Saya tahu, video ini bukan macam video yang biasa Rhys buat. Dan Rhys nak minta korang semua tolonglah, dan membantu kalau boleh. Kalau dari sudut sumbangan belum mampu lagi, tolonglah share video ni dan doakan untuk mereka yang terjejas musim sejuk ini.

Boleh layari http://winter4gaza.com/rhys atau http://launchgood.com/rhyswinter4gaza

Terima kasih

#winter4gaza #bantusebelumbeku #rhyswinter4gaza


Tags:

About author
not provided
Cuma seorang "mat salleh" yang suka makan... From UK ?? now in Malaysia ?? #matsallehcarimakan
View all posts